Wednesday 25 December 2013

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2014 DIBUKA SEKARANG

SYARAT KEMASUKAN 

1 - Berumur 13 tahun semasa pendaftaran.  Kecuali pelajar dari Maahad Tahfiz atau dari sekolah pondok (umur tidak melebihi 16 tahun   semasa pendaftaran)
    * Lain- lain umur bolehlah merujuk/hubungi pihak pengurusan pondok.

2 - Rekod disiplin yang baik ; tidak merokok, tiada rekod jenayah dan sebagainya 

3-  Sanggup mematuhi segala peraturan madrasah sepanjang masa

    Sebarang Pertanyaan, sila hubungi ;
MADRASAH MUHAMMADIAH
     PONDOK SUNGAI DURIAN
     18000 KUALA KRAI
     KELANTAN

 Ahad---Isnin  (8.00am--1.00pm)
Sabtu dan Jumaat (Cuti)

O14-8363449 ( Ust Yahya)
019-9864723 (Ust Ahmad)

Wednesday 18 December 2013

Kemudahan Asrama Untuk Pelajar di PSD

 Asrama pelajar perempuan



Asrama pelajar lelaki


Dijangkakan siap sepenuhnya asrama lelaki 3 tingkat pada pertenggahan tahun 2014.
untuk maklumat berkaitan dengan asrama yang baru dibina bolehlah

KLIT
LAWAT DISINI

Sunday 8 December 2013

PROGRAM MINGGUAN


KEM MASJID
       Kem Masjid ini diadakah setiap hujung minggu iaitu pada hari khamis (malam jumaat),tujuan kem ini diadakan untuk  memberi ilmu yang berfaedah kepada pelajar yang berminat untuk menyertainya dan untuk pelajar yang tidak pulang ke kampung halaman pada hari cuti mingguan. Dengan ada nya Kem Masjid ini sedikit sebanyak pelajar-pelajar dapat memperolehi ilmu yang berguna untuk didunia mahupun diakhirat. Kem Masjid ini seketuai oleh ustaz hanafi bin muhammad dan dibantu oleh ustaz abd hamid.

  TENTATIF PROGRAM

Tuesday 3 December 2013

MADRASAH MUHAMMADIAH



MMPSD telah dianugerahkan pondok terbaik (tempat pertama) oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, sempena majlis sambutan Hijratul Rasul SAW peringkat negeri Kelantan, yang disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan pada tahun 1422, 1423, 1424 dan 1429 Hijriah.


Rayuan Derma Untuk Menyiapkan Bangunan Asrama Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian



PROPOSAL


PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR (Lelaki)

Madrasah Muhammadiah
Pondok Sungai Durian 
18000 Kuala Krai 
Kelantan Darul Naim
website: www.pondoksgdurian.com




مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:261)

The likeness of those who spend their wealth in Allah's way is as the likeness of a grain growing seven ears with a hundred grains in every ear; and Allah multiplies for whom He pleases; and Allah is All-Embracing, All- Knowing.

“ Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaat dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (riwayat Muslim).
   

 PENGENALAN PONDOK SUNGAI DURIAN

Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian juga dikenali dengan Pondok Haji Abdul Rahman oleh penduduk setempat. Ia diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman (1923M-1988M) secara rasminya pada 4 Jun 1958 di Kg. Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.

Pada asalnya pondok ini mula beroperasi di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai, pada tahun 1957. Tetapi pada 1958 ianya terpaksa dipindahkan kerana lokasi tersebut tidak sesuai, lebih-lebih lagi dengan bertambahnya bilangan pelajar. Ianya dibina di atas sebidang tanah seluas 4 ekar kepunyaan Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 66 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Kawasan yang dahulunya hanya 4 ekar, kini telah bertambah kepada 12 ekar hasil pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok.

Sekembalinya Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman ke Rahmatullah, pentadbiran dan pengurusan pondok diteruskan oleh adiknya Haji Ismail dan isteri Almarhum, Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh Daud bersama anak-anak Almarhum. Sehingga sekarang terdapat lebih kurang 250 orang pelajar lelaki dan perempuan serta 350 orang dewasa dan warga emas.

SISTEM PENGAJIAN

Pondok Sungai Durian merupakan salah satu pusat pengajian pondok yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara tradisional dan moden. Kedua-dua aliran ini adalah cetusan pemikiran Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman sendiri, walaupun cara ini berbeza dari sistem pondok yang sedia ada. Tujuan Beliau ialah untuk mengatasi masalah pelajar disamping memaju dan memperbaharui pusat pengajian pondok. Sistem pondok trandisional merupakan sistem pengajian kitab-kitab silam oleh para ulama' terkemuka sama ada dalam bahasa jawi dan arab manakala sistem sekolah (moden) pula menggabungkan sukatan Pondok Sungai Durian sendiri dengan sukatan Yayasan Islam Kelantan.

Secara umumnya, sistem pengajian di Pondok Sungai Durian terbahagi kepada 4 tahap mengikut tahap kemampuan pelajar iaitu:

1)  Kelas Rendah

2)  Kelas Peralihan

3)  Kelas Menengah

4)  Kelas Umum

INFRASTRUKTUR

Di antara kemudahan asas dan infrastruktur PSD ialah:

1.Masjid.

Masjid ini baru sahaja siap pembesaran dan pembinaan semulanya pada tahun 2008. Ia boleh menampung pada satu masa seramai 3,000 orang jemaah. Ia merupakan pusat ilmu dan tempat ibadat di PSD. Masjid tersebut juga menjadi tempat solat Jumaat bagi penduduk Mukim Sungai Durian dan sekitarnya.

2.Bangunan Madrasah (sekolah).

Terdapat dua buah bangunan sekolah tiga tingkat. Salah satunya untuk pelajar lelaki dan satu untuk pelajar perempuan.

3.Bangunan Madrasah lama

Bangunan ini telah dijadikan pejabat, perpustakaan dan dewan makan. Juga terdapat musalla lama sebagai tempat aktiviti pelajar.

4.Penempatan pelajar

Pelajar lelaki tinggal di pondok-pondok kecil dan beberapa buah rumah yang dijadikan asrama. 

Begitu juga pelajar perempuan, mereka ditempatkan di beberapa buah pondok serta beberapa buah rumah yang dijadikan asrama.

Manakala orang-orang tua pula mendiami pondok-pondok secara berkongsi atau sendirian.

KEWANGAN

PSD tidak mempunyai sumber pendapatan atau kewangan yang tetap sebagaimana pusat-pusat pengajian lain. Oleh itu derma ikhlas, bantuan dan sumbangan kewangan dari mana-mana pihak amatlah diperlukan bagi menguruskan pentadbiran pondok dengan lebih tersusun dan cekap lagi.

CADANGAN PROJEK

Membina sebuah asrama tiga tingkat yang melengkapi keperluan semasa dan memberi keselesaan kepada para pelajar. Ini kerana beberapa faktor berikut:

Memandangkan keadaan pondok-pondok yang sedia ada sudah uzur dan tidak teratur serta asrama yang ada pula tidak lengkap dan serba kekurangan.

Bilangan penempatan yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan permintaan pelajar pada hari ini.

Kedudukannya yang berteraburan dan tidak tersusun, menyulitkan pihak pentadbiran / disiplin mengadakan kawalan disipilin ke atas pelajar
Kawalan dari sudut keselamatan.

Beberapa aktiviti berkala pada musim cuti untuk pelajar luar juga tidak dapat diadakan disebabkan faktor penempatan.

ANGGARAN KOS

Mengikut anggaran kos bagi pembinaan bangunan asrama 3 tingkat sepanjang 105 kaki. Jumlah keluasan keseluruhan ialah 11,133 kaki. (3,711 kaki x 3 tingkat).

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan melalui akaun berikut:

Nama : Madrasah Muhammadiah

No. Akaun : 03-072-01-011983-9.

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Kuala Krai)

Kerjasama dari semua pihak, kami didahului dengan ucapan terima kasih.


PENASIHAT PROJEK

Ustaz Haji Ahmed Shukri bin Haji Abdul Rahman

H/P: 019-6955960


PENGERUSI PROJEK

Ustaz Dr Haji Abdul Basit bin Haji Abdul Rahman

H/P: 019-9441881


SETIAUSAHA PROJEK

Ustaz Haji Abdul Latiff bin Haji Abdul Rahman

H/P: 019-9565665


BENDAHARI PROJEK

Ustaz Haji Fakhrulrazi bin Haji Abdul Rahman

H/P: 013-9337257

  
LAKARAN PELAN




PENDAFTARAN PELAJAR BARU



SYARAT KEMASUKAN 

1 - Berumur 13 tahun semasa pendaftaran.  Kecuali pelajar dari Maahad Tahfiz atau dari sekolah pondok (umur tidak melebihi 16 tahun   semasa pendaftaran)
    * Lain- lain umur bolehlah merujuk/hubungi pihak pengurusan pondok.

2 - Rekod disiplin yang baik ; tidak merokok, tiada rekod jenayah dan sebagainya 

3-  Sanggup mematuhi segala peraturan madrasah sepanjang masa

PENGINAPAN
 Disediakan percuma untuk setiap pelajar yang belajar di pondok sungai  durian (PSD)


 MAKAN MINUM PELAJAR

1-   Pembiayaan makan  minum  adalah tanggungan sendiri. Pelajar dan  warga   pondok diberi     pilihan samada memasak sendiri atau membeli makan dikantin PSD

  BAYARAN PENDAFTARAN & DERMA BULANAN

1  - Bayaran pendaftaran kemasukan ialah RM290 ++ mengikut kelas yang akan ditetapakan  kadar yuran ini adalah termasuk dengan kitab-kitab  untuk pembelajaran di dalam kelas.

2  -Bayaran bulanan sebanyak RM20 adalah untuk sumbangan derma bagi membuat pembayaran takrif bil air dan elektrik penginapan pelajar.


Tabung Kebajikan Guru


 Pengenalan TKG 

Tabung TKG atau Tabung Kebajikan Guru ialah sebuah tabung yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan guru-guru Pondok Sungai Durian demi kelangsungan tugas murni mereka selaku pembimbing dan penyelamat akhlak dan aqidah ummah yang dilihat kekentalan dan ketahanannya semakin hari semakin lemah, parah dan kritikal.
Manakala institusi pondok pula ditonton semakin hari semakin mengecil, sama ada dari aspek kuantiti malah kualitinya, lantaran fenomena modal insannya sedang diratah, dimamah dan ditelan virus maddiyyah dan globalisasi.
Justeru, setelah meneliti kepada suasana dan  realiti  yang membimbangkan ini, maka kami, guru-guru dan semua wargakerja Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian dengan rasa penuh kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab, sama-sama bersepakat, mengambil keputusan nekad menubuhkan satu tabung yang dinamakan TKG atau TABUNG KEBAJIKAN GURU, Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian untuk menjaga kebajikan guru bagi meneruskan kelangsungan wadah yang murni ini.

Objektif penubuhan TKG 

Objektif penubuhan TKG adalah seperti berikut :-
  1. Untuk mencari dan mengumpul dana bagi membantu guru-guru dan wargakerja Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian demi kesinambungan dan kelangsungan fungsi murni Madrasah dan Pondok ini;
  2. Agar Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian terus hidup, selamanya komited dan mampu meneruskan fungsinya selaku pembawa misi dan visi Islam sebagai ad Din, menyebar luas dakwah Islamiyyah ke pelusuk negara, mendidik masyarakat dan mentarbiah ummah, seiring  dengan kemajuan dan perkembangan masa;
  3. Sebagai salah satu sumber alternatif para guru dan wargakerja MMPSD, selain elaun asas daripada pihak pentadbiran dan pengurusan MMPSD, sekaligus membantu meringankan bebanan kos sara hidup mereka menanggung diri dan keluarga;
  4. Agar dapat menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada guru-guru dan wargakerja MMPSD atau kepada anak-anak dan isteri mereka yang ditimpa bencana, sakit  dan  sebagainya.
 Ahli Jawatan Kuasa TKG 


 Sumbangan 

sumbangan tuan/puan amat diperlukan.
AKAUN TKG:
Nama Akaun: Tabung Kebajikan Guru (TKG)
Bank : Bank Islam (BIMB)
No Akaun : 03-072-01-012451-0
Cawangan Kuala Krai, Kelantan

ALAMAT SURAT MENYURAT :
BENDAHARI
Tabung Kebajikan Guru (TKG)
Madrasah Muhammadiah,
Pondok Sungai Durian,
18000, Kuala Krai, Kelantan.

HUBUNGI KAMI DITALIAN
Pengerusi :
Ustaz Abd. Kadir  (019 - 999 0697)
Setiausaha :
Ustaz Yahya Ismail  ( 014 - 525 8038)
Bendahari :Ustaz Yahya Yaacob (014 - 836 3449)
Pejabat  Madrasah (09 - 966 4161)


Firman Allah yang bermaksud:
“ Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta orang berilmu dengan kelebihan beberapa darjat ”. (11 - surah al-Mujadalah)
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“ Apabila matinya anak adam terputuslah segala amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manafaat daripadanya dan seorang anak soleh yang berdoa untuk kedua ibubapanya”.
 Terima kasih di atas segala sumbangan anda. Hanya Allah dapat membalas segala sumbangan dan derma yang anda hulurkan dengan balasan dan ganjaran yang sebaik-baiknya. Amin.
 

Hubungi

MADRASAH MUHAMMADIAH
PONDOK SUNGAI DURIAN
ALAMAT SURAT MENYURAT
MADRASAH MUHAMMADIAH
PONDOK SUNGAI DURIAN
18000 KUALA KRAI
KELANTAN

Tel/Fax :09-9664161

Bahagian Pejabat/kewangan :
014-8363 449 - Ust Yahya
Bahagian hal ehwal pelajar
(Penempatan/Disiplin)
014-8145 809 - Ustaz Sulaiman
Bahagian Muslimat :
09-9666 853


LOKASI
Pondok Sungai Durian terletak di antara Kota Bharu/Machang - Kuala Krai
65 km. dari bandar Kota Bharu - 4 km. dari bandar Kuala Krai

Sejarah Penubuhan


 ImagePondok Sungai Durian (PSD) atau Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian lebih dikenali dengan sebutan Pondok Haji Deraman oleh masyarakat umum, khasnya masyarakat setempat di Kuala Krai. Ianya merupakan pondok termaju di Ulu Kelantan. PSD adalah merupakan pondok terulung dan salah satu pondok yang terus hidup dan berkembang sehingga kini.
PSD adalah satu-satunya pusat pengajian dan pendidikan Islam yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara tradisional dan moden. Kedua aliran adalah hasil cetusan pemikiran al-Marhum Tuan Guru, walaupun cara ini berbeza dengan sistem pengajian pondok yang telah sedia ada. Tujuan beliau untuk mengatasi masalah pelajar disamping memaju dan memperbaharui lagi pusat pengajian pondok. Perjuangan Tuan Guru tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan diteruskan oleh generasi kedua (anak-anak al-Marhum).
Sistem pondok (tradisional) merupakan sistem pengajian kitab-kitab silam terdiri daripada Ulama’ terkemuka, samada dalam bahasa jawi dan arab, manakala sistem sekolah (moden) pula mengabungkan antara sukatan PSD sendiri dan sukatan pelajaran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
Pondok ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 4 Jun 1958 Masihi bersamaan 10 Safar 1378 Hijrah oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman. Pendaftaran Pondok ini dibuat di bawah MAIK dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan nombor 134 (dalam MAIK), 365/68 (kertas MAIK).
Sebenarnya Pondok ini telah diasaskan di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai pada tahun 1957. Dibina dengan pertolongan dan bantuan penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Perhutanan dengan binaan daripada kayu tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hasilnya pembinaan Pondok itu berjalan dengan lancer. 
Pada tahun 1958 pondok itu terpaksa dipindahkan dari Bukit Enggong di Guchil ke Kampung Sungai Durian kerana lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi bilangan pelajar semakin bertambah.
Dulu ianya telah dibina di atas sebidang tanah seluas 4 ekar yang terletak di Sungai Durian sejauh 3 kilometer dari bandar Kuala Krai atau 66 kilometer dari bandar Kota Bharu. Pada peringkat awal hanya mempunyai sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas yang terdiri daripada 2 bilik ruang pejabat dan satu bilik disediakan untuk ruang perpustakaan serta 8 bilik darjah dan kantin.
Tetapi kini PSD telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang dapat menampung keperluan pelajar-pelajar dan penghuninya. Kawasannya dulu hanya 4 ekar sahaja, kini telah bertambah keluasannya kepada 12 ekar. Hasil daripada pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok.

Falsafah dan Matlamat Penubuhan

Falsafah dan matlamat penubuhan Pondok Sungai Durian adalah seperti berikut:
 
a) Untuk melahirkan satu generasi dari umat Islam yang boleh dan mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah SWT dan juga sebagai kalifah di muka bumi ini.
b) Memberi pendidikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya yang boleh membawa mereka mengenali Allah SWT pada tahap yang dikehendaki oleh syariah Islam. Mengenali hakikat alam ini serta hakikat insan.
c) Untuk mendidik akal dan hati supaya memiliki ciri-cirinya yang sebenar yang diperlukan oleh sebuah masyarakat yang mana merupakan paksi yang kukuh dalam pembentukan peribadi muslim yang hakiki lagi berwibawa.
d) Untuk melahirkan para ilmuan yang mempunyai keperibadian yang bersepadu, dengan itu maka mampu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan masyarakat melalui acuan-acuan Islam yang sebenar.

Pengasas Pondok Sungai Durian

Image 
ALMARHUMTUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN BIN SULAIMAN(1923-1988)   
Tarikh Lahir:   1923 Tempat Lahir:  Kelantan, Malaysia. Tarikh meninggal dunia: 20 Februari 1988 
Pengajian (di Malaysia):          
  • Belajar al Quran dan asas pengajian agama melalui Ayahandanya Lebai Sulaiman bin Kechik.
  • (1934-1937) Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Krai. 
  • (1938-1945) Pondok Paloh Rawa, Machang (Tuan Guru Haji Abdul Jalal Melaka dan Tuan Guru Haji Hussin Melaka). 
  • (1945-1945) Pondok Kerawang, Pulai Chondong (Tuan Guru Haji Ahmad Abdul Kadir). 
  • (1945-1946) Pondok Kemuning, Machang (Tuan Guru Haji Wan Yusuf Che Tengah). 
  • (1946-1948) Pondok But, Ketereh (Tuan Guru Haji Mohd Nor Abdullah). 
  • (1949-1951) Madrasah Manabi’ul ‘Ulum, Pondok Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Tuan Guru Haji Othman Jalaluddin). 
Pengajian (di Makkah) bermula 1951-1957:          
  • Madrasah Darul ‘Ulum ad-Diniah.  
  • Masjidil Haram. 
  • Rumah beberapa orang tuan guru. 
Guru-gurunya sewaktu di Makkah:          
  • Sheikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani (akhirnya menjadi mertuanya). 
  • Sheikh Muhammad Mukhtar al-Kadiri al-Indunisi. 
  • Sheikh ‘Abdul Qadir al-Mandili al-Indunisi. 
  • Sheikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani al-Makki. 
  • Sheikh Pak Da ‘Iel al-Fatani. 
  • Sheikh Sayyid Amin al-Kutubi. 
  • Sheikh Hassan Muhammad al-Masysyat. 
  • Sheikh Hassan al-Yamani. 
  • Sheikh ‘Alawi al-Maliki. 
  • Sheikh al-‘Arabi. 
  • dan lain-lain. Rahimahumullah. 
Aktiviti semasa belajar:
  • Seorang pelajar yang aktif berpersatuan, seperti pesatuan anak kelantan (Penjasa), Perasatuan anak melayu semalaya (permas). Aktif juga dalam bidang pidato serta debat. 
Kegiatan Ilmiah dan kemasyarakatan:         
  • Menubuh dan mengasas Pondok Sungai Durian pada 4 Jun 1958 
  • Ahli Jawatankuasa ‘Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 
  • Menghasilkan beberapa karya dalam bidang Nahu, Saraf, ‘Aqidah, Feqah dan lain-lain. 
  • Sentiasa menyampaikan kuliah dan ceramah umum di seluruh pelusuk tanah air. 
Penghargaan: 
  • (1968) Dikurniakan Pingat Bakti (PB) oleh Sultan Yahya Petra 
  • (17 Jamadil Akhir 1422 / 5 September 2001) Dikurniakan Anugerah Jasamu Dikenang oleh PAS Negeri Kelantan sempena Sambutan Jubli Emas peringkat negeri.  
Isteri:  
  •  Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh Muhammad Daud al-Kalantani. Seorang guru yang aktif mencurahkan ilmu di PSD khasnya untuk pelajar perempuan (banat) juga warga emas yang menetap di PSD. 
Anak-anak (8 orang):  
  1. Mohamed AminPondok Sungai Durian
  2. Ahmed Shukri
    BA (hons) Umm Al-Qura Univ. Makkah. M.A. Institut Tinggi Imamah & Du’at, Rabitah ‘Alam Islami, Makkah
  3. Aishah
    Sekolah Tinggi Kerajaan Arab Saudi, Makkah
  4. Abdul BasitBA, MA & Ph.D (Syariah) Universiti Islam, Madinah
  5. Asiah
    B.A. Universiti Yarmouk, Jordan
  6. Abdul Latiff
    M.A. Universiti Al al-Bayt, Jordan
  7. Fakhrurrazi
    B.A. Universiti al-Azhar, Mesir
  8. BuniyaminB.A. Universiti Pengajian Islam, Pakistan. Sedang menyiapkan tesis sarjana (MA) di Univ. Malaya

Pondok Sungai Durian perkenal pendidikan moden

 Image

MADRASAH Muhammadiah Pondok Sungai Durian guna pendekatan baru dalam proses pembelajaran.
Sistem tradisional, sukatan persekolahan YIK, teras pembelajaran lahir cendekiawan

SEBUT saja pondok terbayang rumah kecil beratap rumbia macam zaman dulu dengan kemudahan yang terhad. Begitu juga dengan pondok tempat pengajian ilmu agama, persepsi sama diberikan terutama dari segi infrastruktur.

Hakikatnya, pengajian pondok kini sudah melangkah ke fasa baru apabila sistem pendidikan serta kemudahan disediakan walaupun masih di belakang sistem sekolah berasrama penuh lain tetapi usaha dilakukan membolehkan pusat pengajian itu hampir menyamai sekolah asrama. Contohnya, Pondok Sungai Durian (PSD) di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai yang baru menyambut Jubli Emas penubuhannya 4 Jun lalu. Daripada pondok berkonsepkan tradisional, Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian kini bertukar wajah.

Penasihat PSD, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, selaras perubahan masa dan keperluan pelajar, sudah tiba masanya sistem pondok yang ada sekarang ini diselaraskan dari aspek kurikulum dan sistem pelajaran.

Katanya, sistem lama seperti pengajian kitab dari kulit ke kulit masih perlu diteruskan tetapi menggunakan pendekatan baru dengan memperkenalkan peperiksaan bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
"Sistem pondok tradisional ialah mengaji kitab lama dari kulit ke kulit tetapi sekarang ini tanpa sijil pelajar tidak boleh menyambung pengajian. Oleh itu, pengajian kitab lama perlu ada ujian atau peperiksaan untuk mendapatkan sijil.

"Sambutan kepada pengajian pondok tidak pernah ketandusan. Maknanya masyarakat memang mengiktiraf sistem pondok dan kerana itu saya sarankan kurikulum dan sistem pendidikan di pondok diselaraskan bagi kepentingan pelajar," katanya.

Beliau berkata, PSD melaksanakan dua sistem pembelajaran iaitu sistem pondok cara tradisional dan sistem persekolahan mengikut sukatan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Sistem pendidikan tradisional diberi perhatian penting oleh pentadbir PSD kerana sistem itu berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Sistem itu mengambil kira beberapa faktor antaranya teks pengajian daripada kitab silam dihasilkan ulama di nusantara atau ulama Timur Tengah.
Kaedah pembelajaran tradisional ialah membaca kitab dari awal hingga akhir pada setiap mata pelajaran dan setiap pelajar diwajibkan menghafal matan serta mesti memperdengarkan kepada guru masing-masing.

Pengajian mengikut sistem pondok biasanya diadakan selepas solat lima waktu setiap hari mengikut jadualnya tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian diadakan dalam masjid pondok.

Cara pengajiannya, murid-murid akan membentuk halaqat (bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, atau murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu.

Dr Abdul Basit berkata, sistem pendidikan moden yang diperkenalkan PSD berjalan selama lima hari seminggu bermula dari Ahad hingga Khamis. Setiap hari kelas bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari.

Katanya, pelajar akan mengikuti tujuh mata pelajaran dalam kelas menggunakan sukatan pelajaran disediakan YIK dan pihak PSD juga membuat sedikit tambahan dalam sukatan berkenaan untuk mengimbanginya dengan sukatan pondok.

Secara keseluruhannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah itu dibahagikan kepada tiga kategori umum iaitu Bahasa Arab, bahagian agama dan am.

Pelajar PSD akan menduduki tiga peperiksaan dalam setahun kerana PSD juga mengeluarkan sijil kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir sesi pengajian (Shahadah Thanawiah). Di samping itu, pelajar tingkatan empat diwajibkan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU) yang dikelolakan YIK.

"Cuma untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kita akan minta pelajar mendudukinya secara persendirian. Syukur, kebanyakan pelajar PSD yang mengambil peperiksaan SPM secara persendirian lulus dengan baik," katanya.

Beliau berkata, sambutan terhadap pelajar pondok tidak pernah ketandusan dan itu adalah bukti jelas menunjukkan orang ramai masih percaya terhadap sistem pendidikan yang dijalankan di pondok di seluruh negara.

Permintaan terhadap graduan lulusan pondok untuk berkhidmat sebagai imam, pendakwah dan guru agama membolehkan pelajar sekolah pondok mengembangkan kerjaya sebaik mereka menamatkan pengajian.

PSD menerima pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun yang berhajat menimba ilmu pengetahuan di sana. Hingga kini, ada 600 pelajar di PSD dan 350 daripadanya adalah pelajar umum.

Mengimbau sejarah penubuhan PSD yang diasaskan Allahyarham Abdul Rahman Sulaiman pada 4 Jun 1958, pondok binaan kayu itu awalnya dibina dengan bantuan penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Perhutanan tanpa sebarang bayaran.

Asalnya pondok itu mula beroperasi di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke Kampung Sungai Durian kerana lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi dengan bilangan pelajar semakin bertambah.

Pada peringkat awalnya, PSD hanya terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas dua ruang pejabat dan perpustakaan serta lapan bilik darjah dan kantin. Kini, PSD dilengkapi kemudahan asas yang boleh menampung keperluan pelajar dan penghuninya.

Kawasan yang dahulunya hanya empat ekar, kini bertambah 12 ekar hasil pembelian tanah daripada jiran sekitar pondok. Sekembalinya Abdul Rahman Sulaiman ke rahmatullah, pentadbiran PSD diteruskan oleh generasi kedua (adik serta anak-menantu Allahyarham).

Selepas 50 tahun beroperasi, PSD melangkah maju ke depan dan mampu berdiri sebagai salah satu pusat pengajian tradisional yang masih bertahan sehingga sekarang. PSD turut menjalinkan hubungan dengan institusi pendidikan lain antaranya Kolej Sultan Ismail Petra, Kolej Darul Ulum di Kedah dan Universiti Al-Madinah Antarabangsa (Mediu) di Shah Alam.

Dr Abdul Basit berkata, sistem pendidikan pondok sekarang ini melengkapi kekurangan yang ada terutama bagi mereka yang ingin belajar kitab dan mendalami ilmu agama dalam suasana lebih sistematik serta selesa.

Justeru katanya, PSD sentiasa berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur seperti menyediakan kemudahan asas bagi pelajar setanding sekolah berasrama lain yang mendapat bantuan kerajaan.

"Masih ada yang menggunakan pondok lama kerana asrama masih tidak mencukupi. Bagaimanapun, PSD baru melancarkan dana untuk menambah bangunan memandangkan pondok lama memang tidak sesuai," katanya.

"petikan Berita Harian bertarikh : Isnin, 06 Oktober 2008/6 Syawal 1429"