Tuesday 3 December 2013

Tabung Kebajikan Guru


 Pengenalan TKG 

Tabung TKG atau Tabung Kebajikan Guru ialah sebuah tabung yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan guru-guru Pondok Sungai Durian demi kelangsungan tugas murni mereka selaku pembimbing dan penyelamat akhlak dan aqidah ummah yang dilihat kekentalan dan ketahanannya semakin hari semakin lemah, parah dan kritikal.
Manakala institusi pondok pula ditonton semakin hari semakin mengecil, sama ada dari aspek kuantiti malah kualitinya, lantaran fenomena modal insannya sedang diratah, dimamah dan ditelan virus maddiyyah dan globalisasi.
Justeru, setelah meneliti kepada suasana dan  realiti  yang membimbangkan ini, maka kami, guru-guru dan semua wargakerja Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian dengan rasa penuh kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab, sama-sama bersepakat, mengambil keputusan nekad menubuhkan satu tabung yang dinamakan TKG atau TABUNG KEBAJIKAN GURU, Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian untuk menjaga kebajikan guru bagi meneruskan kelangsungan wadah yang murni ini.

Objektif penubuhan TKG 

Objektif penubuhan TKG adalah seperti berikut :-
  1. Untuk mencari dan mengumpul dana bagi membantu guru-guru dan wargakerja Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian demi kesinambungan dan kelangsungan fungsi murni Madrasah dan Pondok ini;
  2. Agar Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian terus hidup, selamanya komited dan mampu meneruskan fungsinya selaku pembawa misi dan visi Islam sebagai ad Din, menyebar luas dakwah Islamiyyah ke pelusuk negara, mendidik masyarakat dan mentarbiah ummah, seiring  dengan kemajuan dan perkembangan masa;
  3. Sebagai salah satu sumber alternatif para guru dan wargakerja MMPSD, selain elaun asas daripada pihak pentadbiran dan pengurusan MMPSD, sekaligus membantu meringankan bebanan kos sara hidup mereka menanggung diri dan keluarga;
  4. Agar dapat menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada guru-guru dan wargakerja MMPSD atau kepada anak-anak dan isteri mereka yang ditimpa bencana, sakit  dan  sebagainya.
 Ahli Jawatan Kuasa TKG 


 Sumbangan 

sumbangan tuan/puan amat diperlukan.
AKAUN TKG:
Nama Akaun: Tabung Kebajikan Guru (TKG)
Bank : Bank Islam (BIMB)
No Akaun : 03-072-01-012451-0
Cawangan Kuala Krai, Kelantan

ALAMAT SURAT MENYURAT :
BENDAHARI
Tabung Kebajikan Guru (TKG)
Madrasah Muhammadiah,
Pondok Sungai Durian,
18000, Kuala Krai, Kelantan.

HUBUNGI KAMI DITALIAN
Pengerusi :
Ustaz Abd. Kadir  (019 - 999 0697)
Setiausaha :
Ustaz Yahya Ismail  ( 014 - 525 8038)
Bendahari :Ustaz Yahya Yaacob (014 - 836 3449)
Pejabat  Madrasah (09 - 966 4161)


Firman Allah yang bermaksud:
“ Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta orang berilmu dengan kelebihan beberapa darjat ”. (11 - surah al-Mujadalah)
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“ Apabila matinya anak adam terputuslah segala amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manafaat daripadanya dan seorang anak soleh yang berdoa untuk kedua ibubapanya”.
 Terima kasih di atas segala sumbangan anda. Hanya Allah dapat membalas segala sumbangan dan derma yang anda hulurkan dengan balasan dan ganjaran yang sebaik-baiknya. Amin.
 

No comments:

Post a Comment