Dewan Peperiksaan Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian
Tarikh Peperiksaan Fasal Awwal 1435H
3-2-2014 Sehingga 11-2-2014
1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)
(Allahummar
zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil
muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya:
"Wahai
Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga
kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
2. DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya:
"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"
3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya:
"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".
4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG
(Dibaca sebelum tidur setiap harisehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhaii wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya:
"Ya
Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para
syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi
musuh".
5. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.
Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.
Maksudnya:
"Dan
sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan
Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang
baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas
banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."
Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semoga mendapat kejayaan dariNya.
Persediaan yang
rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi
peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan
yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan
membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti
berjaya.
Wasallam.