PROPOSAL
PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR (Lelaki)
Madrasah Muhammadiah
Pondok Sungai Durian
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
e-mail: pondoksgdurian@gmail.com
website: www.pondoksgdurian.com
مَّثَلُ
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ
أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ
يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
|
261.
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah
melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah
Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:261)
The
likeness of those who spend their wealth in Allah's way is as the
likeness of a grain growing seven ears with a hundred grains in every
ear; and Allah multiplies for whom He pleases; and Allah is
All-Embracing, All- Knowing.
“
Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya
kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaat
dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” (riwayat
Muslim).
PENGENALAN PONDOK SUNGAI DURIAN
Pondok
Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai
Durian juga dikenali dengan Pondok Haji Abdul Rahman oleh penduduk
setempat. Ia diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin
Sulaiman (1923M-1988M) secara rasminya pada 4 Jun 1958 di Kg. Sungai
Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Pada
asalnya pondok ini mula beroperasi di Bukit Enggong, Guchil, Kuala
Krai, pada tahun 1957. Tetapi pada 1958 ianya terpaksa dipindahkan
kerana lokasi tersebut tidak sesuai, lebih-lebih lagi dengan
bertambahnya bilangan pelajar. Ianya dibina di atas sebidang tanah
seluas 4 ekar kepunyaan Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Kampung Sungai
Durian, Kuala Krai dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari bandar Kuala
Krai dan 66 kilometer dari bandar Kota Bharu.
Kawasan yang dahulunya hanya 4 ekar, kini telah bertambah kepada 12 ekar hasil pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok.
Sekembalinya
Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman ke Rahmatullah, pentadbiran
dan pengurusan pondok diteruskan oleh adiknya Haji Ismail dan isteri
Almarhum, Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh Daud bersama anak-anak
Almarhum. Sehingga sekarang terdapat lebih kurang 250 orang pelajar
lelaki dan perempuan serta 350 orang dewasa dan warga emas.
SISTEM PENGAJIAN
Pondok
Sungai Durian merupakan salah satu pusat pengajian pondok yang
menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara tradisional dan moden.
Kedua-dua aliran ini adalah cetusan pemikiran Almarhum Tuan Guru Haji
Abdul Rahman sendiri, walaupun cara ini berbeza dari sistem pondok yang
sedia ada. Tujuan Beliau ialah untuk mengatasi masalah pelajar disamping
memaju dan memperbaharui pusat pengajian pondok. Sistem pondok
trandisional merupakan sistem pengajian kitab-kitab silam oleh para
ulama' terkemuka sama ada dalam bahasa jawi dan arab manakala sistem
sekolah (moden) pula menggabungkan sukatan Pondok Sungai Durian sendiri
dengan sukatan Yayasan Islam Kelantan.
Secara umumnya, sistem pengajian di Pondok Sungai Durian terbahagi kepada 4 tahap mengikut tahap kemampuan pelajar iaitu:
1) Kelas Rendah
2) Kelas Peralihan
3) Kelas Menengah
4) Kelas Umum
INFRASTRUKTUR
Di antara kemudahan asas dan infrastruktur PSD ialah:
1.Masjid.
Masjid
ini baru sahaja siap pembesaran dan pembinaan semulanya pada tahun
2008. Ia boleh menampung pada satu masa seramai 3,000 orang jemaah. Ia
merupakan pusat ilmu dan tempat ibadat di PSD. Masjid tersebut juga
menjadi tempat solat Jumaat bagi penduduk Mukim Sungai Durian dan
sekitarnya.
2.Bangunan Madrasah (sekolah).
Terdapat dua buah bangunan sekolah tiga tingkat. Salah satunya untuk pelajar lelaki dan satu untuk pelajar perempuan.
3.Bangunan Madrasah lama
Bangunan ini telah dijadikan pejabat, perpustakaan dan dewan makan. Juga terdapat musalla lama sebagai tempat aktiviti pelajar.
4.Penempatan pelajar
Pelajar lelaki tinggal di pondok-pondok kecil dan beberapa buah rumah yang dijadikan asrama.
Begitu juga pelajar perempuan, mereka ditempatkan di beberapa buah pondok serta beberapa buah rumah yang dijadikan asrama.
Manakala orang-orang tua pula mendiami pondok-pondok secara berkongsi atau sendirian.
KEWANGAN
PSD
tidak mempunyai sumber pendapatan atau kewangan yang tetap sebagaimana
pusat-pusat pengajian lain. Oleh itu derma ikhlas, bantuan dan sumbangan
kewangan dari mana-mana pihak amatlah diperlukan bagi menguruskan
pentadbiran pondok dengan lebih tersusun dan cekap lagi.
CADANGAN PROJEK
Membina
sebuah asrama tiga tingkat yang melengkapi keperluan semasa dan memberi
keselesaan kepada para pelajar. Ini kerana beberapa faktor berikut:
Memandangkan
keadaan pondok-pondok yang sedia ada sudah uzur dan tidak teratur serta
asrama yang ada pula tidak lengkap dan serba kekurangan.
Bilangan penempatan yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan permintaan pelajar pada hari ini.
Kedudukannya
yang berteraburan dan tidak tersusun, menyulitkan pihak pentadbiran /
disiplin mengadakan kawalan disipilin ke atas pelajar
Kawalan dari sudut keselamatan.
Beberapa aktiviti berkala pada musim cuti untuk pelajar luar juga tidak dapat diadakan disebabkan faktor penempatan.
ANGGARAN KOS
Mengikut
anggaran kos bagi pembinaan bangunan asrama 3 tingkat sepanjang 105
kaki. Jumlah keluasan keseluruhan ialah 11,133 kaki. (3,711 kaki x 3
tingkat).
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan melalui akaun berikut:
Nama : Madrasah Muhammadiah
No. Akaun : 03-072-01-011983-9.
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Kuala Krai)
Kerjasama dari semua pihak, kami didahului dengan ucapan terima kasih.
PENASIHAT PROJEK
Ustaz Haji Ahmed Shukri bin Haji Abdul Rahman
H/P: 019-6955960
PENGERUSI PROJEK
Ustaz Dr Haji Abdul Basit bin Haji Abdul Rahman
H/P: 019-9441881
SETIAUSAHA PROJEK
Ustaz Haji Abdul Latiff bin Haji Abdul Rahman
H/P: 019-9565665
BENDAHARI PROJEK
Ustaz Haji Fakhrulrazi bin Haji Abdul Rahman
H/P: 013-9337257
LAKARAN PELAN
No comments:
Post a Comment