PSD adalah satu-satunya pusat pengajian dan 
pendidikan Islam yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara 
tradisional dan moden. Kedua aliran adalah hasil cetusan pemikiran 
al-Marhum Tuan Guru, walaupun cara ini berbeza dengan sistem pengajian 
pondok yang telah sedia ada. Tujuan beliau untuk mengatasi masalah 
pelajar disamping memaju dan memperbaharui lagi pusat pengajian pondok. 
Perjuangan Tuan Guru tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan 
diteruskan oleh generasi kedua (anak-anak al-Marhum).
Sistem
 pondok (tradisional) merupakan sistem pengajian kitab-kitab silam 
terdiri daripada Ulama’ terkemuka, samada dalam bahasa jawi dan arab, 
manakala sistem sekolah (moden) pula mengabungkan antara sukatan PSD 
sendiri dan sukatan pelajaran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 
Pondok
 ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 4 Jun 1958 Masihi bersamaan 
10 Safar 1378 Hijrah oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin 
Sulaiman. Pendaftaran Pondok ini dibuat di bawah MAIK dan Adat Istiadat 
Melayu Kelantan dengan nombor 134 (dalam MAIK), 365/68 (kertas MAIK).
Sebenarnya
 Pondok ini telah diasaskan di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai pada 
tahun 1957. Dibina dengan pertolongan dan bantuan penduduk kampung serta
 kakitangan Jabatan Perhutanan dengan binaan daripada kayu tanpa 
mengenakan sebarang bayaran. Hasilnya pembinaan Pondok itu berjalan 
dengan lancer.  
Pada tahun 1958 pondok itu 
terpaksa dipindahkan dari Bukit Enggong di Guchil ke Kampung Sungai 
Durian kerana lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, 
lebih-lebih lagi bilangan pelajar semakin bertambah. 
Dulu
 ianya telah dibina di atas sebidang tanah seluas 4 ekar yang terletak 
di Sungai Durian sejauh 3 kilometer dari bandar Kuala Krai atau 66 
kilometer dari bandar Kota Bharu. Pada peringkat awal hanya mempunyai 
sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas yang terdiri daripada 2
 bilik ruang pejabat dan satu bilik disediakan untuk ruang perpustakaan 
serta 8 bilik darjah dan kantin.
Tetapi kini PSD 
telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang dapat menampung 
keperluan pelajar-pelajar dan penghuninya. Kawasannya dulu hanya 4 ekar 
sahaja, kini telah bertambah keluasannya kepada 12 ekar. Hasil daripada 
pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok.
No comments:
Post a Comment